Malaysia Dateline

Trump tolak pertemuan dengan Maduro

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad menolak mengadakan pertemuan dengan pemimpin sosialis Venezuela, Nicolas Maduro.

Memetik Agensi berita¬† asing berkata, menghantar pasukan tentera ke Venezuela merupakan satu ‘pilihan’ ketika negara-negara Barat sedang meningkatkan tekanan terhadap untuk menyerahkan kuasa kepada Juan Guaido, yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden.

“Sudah tentu, itu sesuatu yang ada pada – ia satu pilihan,” kata Trump, sambil menambah bahawa Maduro telah meminta mengadakan pertemuan beberapa bulan lalu.

Kepimpinan Maduro mendapat tentangan Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara Amerika Latin berhubung pemilihan semula yang dipertikaikan tahun lalu dan mengiktiraf Guaido sebagai pemimpin negara itu.

Maduro bagaimanapun masih mengekalkan sokongan kuat Rusia, China dan Turki, di mana menteri luarnya berkata pada Ahad bahawa campur tangan Barat telah memudaratkan krisis yang dihadapi Venezuela dan menghukum berjuta-juta rakyatnya.

Dalam temu bual dengan CBS pada hari Ahad, Trump menegaskan bahawa campur tangan tentera adalah satu kemungkinan.-Agensi.