Tsunami Melayu semakin jelas, Khaled tidak yakin pertahan Johor

Tsunami Melayu semakin jelas, Khaled tidak yakin pertahan Johor

Menteri Besar Johor sementara dilihat tidak yakin mempertahankan negeri Johor berikutan keputusannya hari ini bertanding di dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di Johor.

Dalam sidang pengumuman calon di Johor hari ini, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan beliau akan bertanding di N43 Permas dan P159 Pasir Gudang.

Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Haji Aminolhuda Haji Hassan (gambar atas), apa yang diputuskan oleh Khaled ini adalah gambaran ketidakyakinan Khaled untuk terus menerajui negeri Johor.

“Kenapa perlu ada istilah ‘team Johor’ sekiranya beliau mengambil keputusan untuk turut bertanding di Parlimen.

“Sebagai seorang Menteri Besar, beliau lebih nampak masa depan karier politiknya berbanding orang bawahannya.

“Exco beliau pun seperti Ayub Rahmat pun bertanding di Parlimen dan ada exco yang digugurkan.

“Ini adalah gambaran bahawa tsunami rakyat Johor untuk berubah itu semakin jelas sehingga Khaled terpaksa membuat keputusan sebegini,” kata Aminolhuda ketika dihubungi.

Sementara itu, Exco Agama negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim tidak tersenarai sebagai calon yang diumumkan oleh Khaled Nordin sendiri.

Aminolhuda yang juga calon N21 Parit Yaani mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak ada masalah dengan senarai calon yang dibentangkan oleh Barisan Nasional (BN) kerana PH sudah bersedia menampung gelombang kebangkitan rakyat di negeri ini.

8.7
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 10.0