Malaysia Dateline

Tuan Ibrahim cadang BN, PN guna logo Pas PRN Melaka

Pas hari ini mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) dan BN menggunakan logo Pas di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika semua parti bersetuju untuk bekerjasama dengan Pas adalah lebih baik menggunakan satu logo sahaja pada PRN Melaka nanti iaitu logo Pas.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti.

“Fikir-fikirkan,”kata beliau ringkas.

Terdahulu, Parti komponen PN bersepakat untuk menggunakan lambang gabungan tersebut bagi menghadapi PRN Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi PN ketika Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan baru-baru ini.

Semalam Majlis Tertinggi (MT) Umno telah memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) pada PRN Melaka.

Bagaimanapun kerjasama itu berpandukan kepada prinsip Pas mesti bertanding menggunakan lambang sendiri.