Tuan Ibrahim kekal timbalan, Nasruddin  dan Takiyuddin cabar naib

Tuan Ibrahim kekal timbalan, Nasruddin dan Takiyuddin cabar naib

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai Timbalan Presiden Pas selepas beliau tidak dicabar pada pencalonan bagi pemilihan Muktamar Pas Pusat ke 63 yang akan diadakan di Kedah pada hujung bulan ini.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai Timbalan Presiden Pas selepas beliau tidak dicabar pada pencalonan bagi pemilihan Muktamar Pas Pusat ke 63 yang akan diadakan di Kedah pada hujung bulan ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden.

Senarai pengesahan pencalonan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan hari ini selepas tempoh pencalonan ditutup.

Sementara itu, Takiyuddin bersama Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan yang kini menyandang jawatan Ketua Penerangan Pas layak bertanding bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden.

Sekarang ini jawatan tiga Naib Presiden disandang oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah dan Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.

Selain jawatan Naib Presiden, seramai 40 orang akan bertanding bagi merebut 18 tempat bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Muktamar Pas Pusat tahun ini akan diadakan di Kedah pada 29 April hingga 1 Mei, depan dan akan memilih barisan kepimpinan yang baru bagi sesi 2017-2019.

Menurut kenyataan itu juga, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan Muktamar di peringkat masing-masing mulai 27 April 2017.

“Untuk makluman, peraturan pemilihan pada kali ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pencalonan untuk layak disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan pasa muktamar Pas kali ini berbanding dengan dua pencalunan sebelum ini,” kata Takiyuddin dalam kenyataan itu.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2017-2019:

PENCALONAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT SESI 2017-2019

PENGERUSI TETAP
1) Hussin bin Ismail – Menang Tanpa Bertanding (MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Ustaz Kamal Shaari – MTB

PRESIDEN
1) YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang- MTB

TIMBALAN PRESIDEN
1) Dato’ Haji Tuan Ibrahim Tuan Man- MTB

NAIB PRESIDEN
1) YB. Ustaz Haji Idris Ahmad (Penyadang)
2) YB. Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah (Penyadang)
3) YB. Dato’ Haji Ar. Iskandar Abdul Samad (Penyadang)
4) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan
5) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1) Dr. Haji Riduan Mohd Noor
2) YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
3) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan
4) YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud
5) Dr. Haji Mohd Zuhdi Marzuki
6) YB. Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
7) Haji Razman Zakaria
8) YB. Ustaz Haji Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
9) Puan Dr. Hajjah Rosni binti Adam
10) Haji Mohamad Sanusi Md. Nor
11) Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Zawawi Salleh
12) YB. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan
13) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan
14) Dr. Hajjah Najihatussolehah Ahmad
15) Ustaz Haji Mokhtar Senik
16) YB. Ustaz Haji Abdullah Hussin
17) Ir. Mukhtar Suhaili
18) Ustaz Haji Zaharuddin Mohamad
19) Ustaz Haji Norazli Musa
20) Haji Zainal Abidin Kidam
21) Dr. Ali Akbar Gulasan
22) Haji Mohamad Noor Mohamad
23) Khairul Faizi Ahmad Kamil
24) Dato’ Haji Mustafa Ali
25) YB. Dato’ Haji Ar. Iskandar Abdul Samad
26) Dr. Mohd Fuad Salleh
27) YB. Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff
28) YB. Haji Rosli Abdul Jabar
29) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
30) YB. Dr. Halimah bt. Ali
31) Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
32) YB. Hajjah Mumtaz bt. Mat Nawi
33) YB. Ustaz Ahmad Yahya
34) Kamaruzzaman Mohamad
35) Ustaz Misbahul Munir Masduki
36) Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib Embong
37) Iszuree Ibrahim
38) YB. Dato’ Aisyah Ghazali
39) YB. Haji Satiful Bahri Mamat
40) Azman Ibrahim

TAGS