Tuan Ibrahim sangkal hanya Samsuri layak jadi PM, “kepimpinan ulamak strikes back”- netizen

Oleh MAISARAH AISYA

Tular kenyataan dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyatakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri akan datang.

Namun kenyataan tersebut tidak dipersetujui Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kerana dilihat masih ramai calon Perikatan Nasional (PN) lebih layak.

Memetik Malaysia Kini, Tuan Ibrahim melihat masih ada ramai berkebolehan cuma tidak diberikan peluang sahaja.

“Perkara itu (Ahmad Samsuri sebagai calon perdana menteri) disebut Muhyiddin dalam kempen, itu hasrat (dia) untuk melihat sokongan (kepada PN) sajalah.

“Soal siapa jadi PM (perdana menteri), ramai dalam parti yang ada kemampuan, cuma peluang tidak pernah diberikan,” katanya seperti dipetik Malaysia Kini.

Tambah Tuan Ibrahim Pas juga mempunyai ramai golongan profesional dan kepakaran tertentu yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin negara.

“Siapa kenal Sanusi (Md Nor) sebelum ini, siapa kenal Samsuri sebelum ni? Tidak ramai yang kenal sebab mereka tidak diberi peluang.

“PAS ada ramai lagi pimpinan yang hebat dan belum diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.

“Dulu orang tengok PAS sebagai parti yang dianggotai ustaz saja, sekarang dah ramai profesional bersama kita,” ujarnya.

Rata-rata warganet bimbang akan muncul semula masalah dalaman dan akhirnya berpecah seperti yang terjadi kepada parti AMANAH.

“Nampak gayanya, kepimpinan ulamak strikes back.

“Mana-mana teknokrat nak duduk dalam Pas tu, tunggu masa jelah kena cantas. Sanusi juga cerdik. Dia buat perangai bodoh dia sebab tau itu ja cara tak dicaras oleh ulamak Pas.

“Dah mula dah. Apakah Amanah 2 akan muncul tak lama lagi.

“Ahh sudah…. Dr. Sam bukan daripada geng ulama Pas… Pening kepala walaun nak hadam,” antara komen warganet.

Baca juga: Umno akan khianat kerajaan Perpaduan? Ini jawapan Puad Zarkashi