Tuan Ibrahim sindir Hadi yang jinak dengan Umno?

Tuan Ibrahim sindir Hadi yang jinak dengan Umno?

Penganalisis politik semasa menyifatkan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menyindir orang nombor satu parti pembangkang Melayu terbesar itu.

Penganalisis politik semasa menyifatkan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menyindir orang nombor satu parti pembangkang Melayu terbesar itu.

Penulis Mohd Sayuti Omar berkata, perlambangan yang digunakan Tuan Ibrahim berhubung desas-desus gabungan dengan Umno itu menunjukkan kecenderungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mutakhir ini berbaik-baik dengan Najib Razak tidak dipersetujui.

“Apakah analogi Tuan Ibrahim itu hendak menyindirkan presidennya yang semakin jinak dan galak dengan Najib dan Umno?

“Kalau ia berunsur sindir, maka jelas Tuan Ibrahim semacam kurang setuju untuk ikut pakai baju ‘sekalor’ (sama warna) dengan Najib,” ujarnya dalam status Facebook beliau semalam.

Terdahulu, Tuan Ibrahim beranalogi lebih baik Pas bubar daripada bergabung dengan Umno.

Mengulas lanjut, Sayuti berkata pendapat Tuan Ibrahim itu dilihat agak sama tetapi berbeza dengan pendirian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

“Tok Guru kata, kalau Umno sedia mengambil Quran dan Hadith sebagai teras perjuangannya, dia sedia bubarkan Pas.

“Orang-orang mengaji Arab ini selalu bercakap menggunakan tamsil ibarat dan mantik yang tinggi mutunya,” tambah Sayuti lagi yang juga bekas pemilik akhbar politik mingguan Siasah.

Foto beberapa pemimpin Pas Pusat yang menghadiri Himpunan 20K Huffaz anjuran Gabungan Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini menjadi viral di media sosial.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz dalam gambar yang tersebar itu dilihat riang ketawa duduk bersimpuh bersama Najib Razak yang berjubah putih.

Kehadiran pemimpin Pas yang dikatakan atas jemputan untuk Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta) itu menguatkan lagi andaian banyak pihak tentang gabungan Pas dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.

TAGS