Baru-baru ini pendakwah selebriti Azman Syah Alias, atau lebih dikenali sebagai PU Azman, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki.
Kemunculan pendakwah itu ketika menghadiri perbicaraannya menarik perhatian lensa media.
Gambar terkininya yang berbaju putih dan bertubuh sangat kurus menjadi bualan ramai.
PU Azman juga kelihatan sedikit cengkung berbanding dahulu, tetapi dia masih tenang melalui semuanya.
Info kes PU Azman:
27 September 2024
Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan atas dua pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada 2022
6 Disember 2024
Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada 2022
17 Disember 2024
Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan atas empat pertuduhan pindaan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di Nilai.
Baca juga: Dulu doktor sekarang peniaga tepi jalan, raih pendapatan lagi besar