Malaysia Dateline

Tubuh Majlis Konsultasi Negara, semua parti kena berlapang dada bincang kepentingan negara

Di saat negara sedang berdepan dengan kemelut ekonomi ekoran wabak COVID-19 Pakatan Harapan dicadangkan agar mewujudkan Majlis Konsultasi Negara bagi membincangkan perkara-perkara membabitkan kepentingan negara.

Menurut Datuk Husam Musa, Pakatan Harapan harus menubuhkan badan konsultasi ahli Parlimen pelbagai rentas parti untuk berbincang soal kepentingan negara.

“Pemimpin semua parti kena berbesar dada, lapangkan dada untuk hadapai musah kita lebih besar kegilaan kuasa sehingga mengorbankan masa depan negara dengan pemimpin yang gila kuasa ini.

“Jangan Umno bila bunyi sahaja DAP tak boleh jumpa bincang.

“Anwar jumpa Ku Li tok sah lah kita pengsan, Ku Li pun janganlah besar kepala tak boleh jumpa orang, nak jadi perdana menteri dengan semua orang datang melutut dekat kita, mana boleh macam tu.

“Tun Mahathir paggil Ku Li.. Ku Li patut panggil orang lain juga.

“Kalau orang lain tak ada nak gerakan ini (majlis), PH kena gerakkan,” katanya dalam DHM Channel semalam.

Kata Husam , cadangan ini perlu dicepatkan kerana dibimbangi jika ada cadangan kedua untuk mengisytiharkan darurat sudah tentu ekonomi negara akan merosot, saham jatuh, pelabur tidak ada akhirnya rakyat jelata akan menderita.

Husam berkata, konsultasi adalah cara yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW begitu juga dengan pristiwa Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail di mana Nabi Ibrahim menanyakan pendapat anaknya terlebih dahulu.

Justeru katanya, semua parti wajar terlibat sama ada GPS dan Warisan perlu bersikap terbuka dan tidak terikat dengan Tun Mahathir.

“Panggil Sabah masuk, Sarawak masuk dalam badan ini, kalau Umno nak masuk pun boleh masuk.

“Tun Mahathir pun ambil lah kepentingan negara dahulu.

“Untuk kepentingan negara secara keseluruhan In Sha Allah semua parti-parti di luar daripda kepimpinan Muhyiddin Yassin ini lama kelamaan boleh menerima,” ujar beliau.