Tubuhkan Jawatankuasa kekang unsur militan masuk ke institusi Pondok

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada sekolah agama yang terpilih semalam.

Kerajaan Negeri Kedah bercadang untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai agensi bagi mengekang unsur militan dari menyusup masuk ke institusi agama seperti Maahad Tahfiz maupun pondok yang ada di negeri ini.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika hadir ke Program Jalinan Kasih bersama warga pondok yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Pondok Melele, Kodiang, semalam.

Jelas beliau lagi, setakat ini belum ada mana-mana insitusi tersebut di negeri ini yang terlibat dengan unsur tersebut.

Walau bagaimana pun ujarnya, kewujudan jawatankuasa tersebut adalah suatu keperluan ekoran generasi muda yang kini sedang berhadapan dengan pelbagai bentukmaklumat tanpa sempadan.

Sehubungan itu katanya, terlalu banyak pendedahan secara meluas melalui video dan seumpamanya mampu mempengaruhi golongan tersebut.

“Sehingga ini tiada satu pun institusi agama samada pondok ataupun Maahad Tanfiz yang dikesan memberi pengajaran yang tidak sepatutnya.

“Samada dorongan supaya berjihad ke luar negara seperti Jordan maupun Syria.

“Oleh kerana itu gandingan semua jabatan termasuk Polis, Majlis Agama Islam dan sebagainya mampu merangka tindakan yang lebih baik bagi mengekang dakyah tersebut, ” katanya lagi.

Penerima sumbangan di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Pondok Melele, Kodiang bergambar kenangan bersama Menteri Besar Kedah.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa wujudnya aktiviti militan di negeri ini dikalangan pelajar pondok dan tahfiz.

Malah tegasnya lagi, selama ini institusi pondok merupakan sebuah institusi yang terbukti mempertahankan kesucian agama Islam dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Namun begitu kita mahu institusi pondok melaksanakan penambahbaikan dalam pelbagai aspek pendidikan.

“Dengan kewujudan ini ia dapat menzahirkan lebih ramai ilmuan Islam bagi membangunkan masyarakat dan juga negara.

“Kita juga mahu lebih ramai ilmuan Islam yang profesional dalam pelbagai bidang di negeri Kedah, ” tambahnya lagi.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS