Malaysia Dateline

Tubuhlah jawatankuasa teliti kesesuaian nama ‘Timah’

Bukan saja saya, tapi saya yakin orang lain pun tergelak apabila baca kenyataan timbalan menteri yang kata, arak jenama Timah bukan hasil keluaran kerajaan.

Ada siapa yang kata ke Timah tu hasil produk kerajaan?

Bagi saya, respon timbalan menteri tu macam orang kata, minah tu lahir di Kelantan. Tiba-tiba timbalan JKKK kampung kata, minah tu bukan anak Pak Ali.

Orang tak kata pun Timah tu hasil produk kerajaan. Tiba-tiba timbalan menteri respon macam tu pasal apa? Orang cuma kata, Timah hasil produk zaman kerajaan Melayu Iselang memerintah. Itu saja.

Nampak sangat timbalan menteri terdesak untuk respon akibat serangan bertalu-talu netizen. Timbalan menteri jangan terdesak sangat. Jangan sampai ngamuk-ngamuk macam satu isu tu… ehem ehem.

Kalau timbalan nak tutup isu ni senang saja. Tubuh jawatankuasa untuk kaji kesesuaian nama Timah tu. Atau jawatankuasa kaji kesesuaian gambar pada botol arak tu.

Mungkin isu ni akan senyap. Macam tubuh jawatankuasa isu kematian anggota bomba itulah! La ni orang senyap sekejap sebab nak tunggu keputusan jawatankuasa tu.

Kalau jawatankuasa tu keluar keputusan seperti asal, penyebab kematiannya tak ditangkap juga, isu tu meletup baliklah.

Tak mengapa, kami sabar sekejap. Lepas ni kami main baliklah isu tu. Tungguuu….! Zap zap zap…!