Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tuduhan DAP cuba hapuskan raja: Tajuddin disaman

Tuduhan DAP cuba hapuskan raja: Tajuddin disaman

Oleh MALAYSIA DATELINEJuly 4, 2019 9:21 pm




Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman kerana mendakwa DAP cuba menghapuskan sistem raja-raja di Malaysia.

Memetik laporan Malaysiakini, surat saman mereka difailkan oleh firma guaman Tetuan Ezzah & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Mac lalu.

Loke yang juga Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP dan Pua yang merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, menyaman ahli Majlis Tertinggi Umno itu berhubung ucapannya di Kampung Jawa pada malam sebelum pilihan raya kecil Parlimen Sungai Kandis pada 3 Ogos tahun lalu.

Kedua-dua pemimpin DAP itu berkata, Tajuddin dalam ucapannya mendakwa mereka merupakan penganut Kristian yang bersama rakan mereka dalam DAP berusaha untuk bukan sahaja menyebarkan agama itu tetapi juga menghapuskan raja-raja Melayu.

Tajuddin juga didakwa mengatakan mereka berusaha menubuhkan sistem pemerintahan seperti di Singapura yang mana tidak memiliki raja atau sultan.

Selain itu Tajuddin dalam ucapannya juga didakwa mengatakan mereka mahu mendirikan sebuah negara republik.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production