Malaysia Dateline

‘Tudung RM10 dah cukup lindungi auratku’ – Ini bukti wujudnya jurang pendapatan langit dan bumi

Gambar dua tudung daripada sejenis jenama mewah dengan harga antara lebih RM800 hingga RM2,000 sehelai dilihat bukti wujudnya jurang pendapatan langit dan bumi dalam rakyat negara ini.

Rata-rata golongan wanita memberitahu mereka selesa memakai tudung berharga hanya RM10 asalkan aurat dapat ditutup.

Takpelah, tudung RM10 masih valid untuk cover auratku.

“Target pasaran mereka ni orang kaya. Kita pakai (yang dijual) Shopee RM10 je.

“Beli mahal-mahal tapi awning lembik. Apa yang elok pun tak tau. Selalu tudung berat-berat ni, awning akan lembik, dahlah begitu, susah nak jadi (awning),” antara kata luahan kaum Hawa.

Dalam masa sama, ada yang berkongsi pengalaman mereka membeli tudung mahal tetapi kemudiannya tidak dipakai.

“Beli, lepas tu tak pakai. Sendiri pun penah beli shawl dengan harga RM200 lebih sehelai. Eksklusif katanya.

“Tapi saya tamak! Beli sampai 2 helai sebab warna lain-lain. Sudahnya masih tersimpan dalam plastik hitam sejak pindah umah.

“Akhirnya, kerja ke atau pergi kedai pakai bawal RM10 saja,” cerita Junaidah Azlan pula.

Walaupun, perkongsian harga tudung kayangan itu dilihat sekadar suka-suka tetapi trend peniaga mengeluarkan produk sedemikian menunjukkan adanya permintaan.

Pastinya, permintaan daripada kelas elit Melayu yang sinonim sebagai penganut agama Islam mendorong pengeluaran tudung berharga ribuan ringgit.

Bahkan, sekaligus menggambarkan jurang ekonomi yang lebar dalam masyarakat Melayu sendiri selain dalam masa sama polarisasi pendapatan antara kaum di negara ini.

Ketika negara dan dunia berhadapan dengan impak kemeseletan ekonomi dan wabak Covid-19 yang masih ada, harga tudung yang menyamai sebulan pendapatan bulanan seorang pekerja kilang adalah cerminan berat sebelahnya agihan kekayaan di negara ini.

Malah, penganalisis ekonomi, Prof Dr Jomo KS pernah mengakui bahawa sistem cukai yang diguna pakai di Malaysia adalah tidak seimbang apabila lebih menguntungkan golongan berada.

Penasihat Kanan, Institut Penyelidikan Khazanah itu juga berkata, dalam tempoh 12 tahun ini kerajaan tiada usaha untuk menaikkan cukai terhadap orang kaya.

Jelasnya, pemerintah tidak mahu mengenakan cukai sejak tempoh dua ke tiga tahun sebelum ini walaupun sesetengah harga barang eksport melambung tinggi seperti minyak sawit dan sarung tangan.

“Tapi pemerintah enggan mengenakan cukai terhadap mereka sebagai contoh cukai durian runtuh.

“Sebab itulah saya katakan kerajaan tiada usaha serius untuk gandakan hasil pendapatan,” dipetik dari wawancara bersama Mingguan Malaysia, September lepas.

Tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bergelar Ketua Pembangkang telah mencadangkan supaya satu bentuk cukai baharuyang progresif diperkenalkan hanya untuk golongan kaya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan bahawa eloklah sedikit tambahan cukai bagi yang kaya jika mereka terbabit masih boleh mengaut keuntungan pada masa ekonomi meleset dengan ramai rakyat terjejas.

Baca juga Dituduh cari perhatian – Ini reaksi ‘pedas’ Lando Zawawi

Baca juga Tokong Buddha kosong, semua sami kena angkut sebab positif dadah