Tugas saya minta PM beri penjelasan, kata Salahuddin

Tugas saya minta PM beri penjelasan, kata Salahuddin

 


Pasukan Komunikasi Strategik BN disarankan agar lebih banyak membuat "homework" dan tidak terlalu bergantung kepada seorang perdana menteri untuk menyelamatkan kepentingan diri masing-masing, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Pasukan Komunikasi Strategik BN disarankan agar lebih banyak membuat “homework” dan tidak terlalu bergantung kepada seorang perdana menteri untuk menyelamatkan kepentingan diri masing-masing, kata Timbalan Presiden Amanah  Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, adalah menjadi tugas dan tanggungjawabnya untuk mendapatkan penjelasan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri di negara ini selepas media melaporkan sesuatu mengenainya.

“Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai rakyat negara ini untuk meminta penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Naji Razak sekiranya, terdapat isu atau perkara yang berkemungkinan boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.

“Pasukan Komunikasi Strategik BN sepatutnya mengambil lebih masa untuk membuat “homework” tentang sikap flip-flop syarikat-syarikat besar Arab yang gemar membuat riuh rendah pelaburan di Iskandar Malaysia tahun 2006 dan projek Arab City di Melaka tetapi akhirnya tidak mencapai KPI yang diharapkan.

“Janganlah hanya tahu bergayut di tali leher Najib untuk mencari talian hayat periuk nasi masing-masing semata-mata,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Aramco menandatangani MoU dengan Petronas ketika lawatan King Salman ke Malaysia baru-baru ini.Salahuddin mengulas mengenai ulasan yang ditulis Pasukan Komunikasi Strategik BN di kolum Ulasan di portal Malaysiakini pada 28 Februari lalu.

Antara lain pasukan itu membidas kenyataan dua orang pemimpin Amanah Salahuddin dan Pengerusi Biro Antarabangsa Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkaitan dengan kunjungan dan pelaburan Raja Arab Saudi ke Malaysia.

Pasukan itu mendakwa kononnya pemimpin Amanah mempunyai perangai mengeluarkan kenyataan tidak berfaedah bersandarkan khabar angin dan pemikiran sempit semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

Menurut Salahuddin lagi, beliau terpanggil mengeluarkan kenyataan umum setelah membaca laporan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Edge pada 25 Januari lalu.

“Laporan penuh akhbar The Edge bertarikh 25 Januari 2017 yang menyiarkan berita Wall Street Journal (WSJ) melaporkan “Aramco ends talks with Petronas for RM89b project in Pengerang”.

“Laporan daripada WSJ itu juga menyatakan penarikan diri Aramco adalah daripada satu Kajian Kesesuaian (feasibility study) yang dibuat oleh pihak Aramco sendiri.

“Antara sebab utama dapatan Kajian Kesesuaian tersebut menyatakan bahawa pihak Aramco bercadang untuk menarik diri daripada projek meganya di Pengerang kerana “not generate sufficient returns” kepada pelaburan Aramco.

“Oleh kerana berita penarikan diri syarikat multi national Saudi yang melibatkan nilai pelaburan hampir RM90 bilion ini tersebar luas hingga ke dunia luar, maka adalah wajar bagi saya meminta PM untuk memberikan penjelasan kepada rakyat negara ini,” terangnya.

Sebelum itu Salahuddin mengeluarkan kenyataan meminta perdana menteri memberi penjelasan mengapa syarikat minyak Arab Saudi, Aramco, menarik diri daripada melabur di projek RAPID di Pengerang, Johor.

Salahuddin mendakwa kononnya mempunyai bukti pelabur telah hilang keyakinan terhadap Malaysia.

Sebaliknya pasukan strategik BN menyatakan Salahuddin bersandarkan kepada laporan tidak sahih.

Sedangkan kini syarikat Aramco telah menandatangani perjanjian untuk melabur RM31 bilion dalam projek RAPID itu.

Bagi Salahuddin pada saat dan ketika imej serta integriti negara terjejas teruk dengan pelbagai isu juga skandal seperti 1MDB dan MO1, ujarnya, adalah terlalu mudah berlakunya spekulasi daripada pihak tertentu yang nantinya akan menjejaskan kepentingan negara.

“Kehadiran Aramco bersama lawatan Raja Salman beberapa hari yang lalu hanyalah menandatangani dokumen yang masih di tahap MoU dengan pihak Petronas. MoU adalah permulaan yang baik tetapi belum lagi sampai kepada tahap “definitive agreement”,” katanya.

TAGS