Tugas wakil rakyat selesai masalah, bukan retorik

Hishamudin Ghazali beri penyelesaian kepada masalah orang kampung.

Menjadi wakil rakyat bukan sekadar cakap retorik dan janji manis sahaja tetapi perlukan pelan pelaksanaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Bagi calon Pakatan Harapan (PH) Apam Putra, Rantau Panjang Kelantan, Hishamuddin Ghazali, memberikan solusi kepada masalah rakyat yang diwakili adalah tugas wakil rakyat.

Ketika bertemu dengan para pengundinya di kedai-kedai kopi, Hishamuddin atau lebih dikenali Sham Ghaz dihadap tiga isu utama;

I. Jalan kampung – 1km
ii. Harga getah jatuh
iii. harga barang mahal

“Solusi saya, jika menang, jalan tu saya buat terus dengan peruntukan jalan luar bandar di bawah perbendaharaan negeri.

“Berkaitan harga getah murah saya akan ajar projek pertanian, ternakan, perikanan yang boleh tambah side income (pendapatan sampingan) penduduk kampung.

“Harga barang mahal, sebab GST, bantu kami ubah Kerajaan Malaysia, insyaAllah kita akan hapuskan GST dan harga barang akan turun balik,” kata Sham Ghaz.

Jawapan ini diberikan beliau ketika menjawap persoalan yang dibangkitkan oleh penduduk kampung ketika menziarah kedai kopi Batu Karang, berjumpa dan berbincang dengan mereka mengenai isu setempat.

Sham Ghaz akan bertembung dengan calon veteran dari Pas, Abdul Rasul Mohamed dan calon BN, Aknbar Salim di DUN Apam Putra dalam pilihan raya kali ini.

CATEGORIES
TAGS