Tuhan tidak pernah suruh sesiapa naik atau turunkan harga barang, kata Hamzah

Tuhan tidak pernah suruh sesiapa naik atau turunkan harga barang, kata Hamzah

 

 

 

 

 

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam jawapan di parlimen menjelaskan Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam jawapan di parlimen menjelaskan Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang.

Hamzah yang menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkata, mana-mana pihak yang menaikkan harga barang adalah individu yang tidak percaya kepada tuhan.

“Saya nak beritahu, tuhan tak pernah pun menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga (barang).

“Yang masalahnya sekarang mereka yang tak percaya dengan Tuhan yang selalu akan naikkan (harga), yang percaya pada Tuhan selalunya dia akan mengikut amalan-amalan yang beretika dan tidak akan naik harga,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Tan yang bertanya sama ada harga barang yang naik merupakan ‘ketentuan Tuhan’

TAGS