Kisah perkenalan seorang ustazah asal Lombok, Indonesia bersama suaminya yang berbangsa Eropah tular di media sosial TikTok baru-baru ini.
Menurut ustazah Mauni, dia mula mengenali jejaka warganegara Belgium itu menerusi aplikasi mencari jodoh, Muslimah.com sejak tahun lalu.
Berkomunikasi menerusi WhatsApp, suaminya Jawad ingin terus berhubung dengan Mauni yang kelihatan seperti cahaya dalam kehidupannya.
Sempat menolak cinta Jawad, Mauni mula mengerjakan solat Istikharah setelah suaminya itu meluahkan isi hatinya menerusi panggilan video.
Mengulangi istikharah sehingga tujuh kali, Mauni akhirnya yakin jejaka itu merupakan jawapan dari doanya ketika menunaikan umrah.
“Ya Allah, kembalikan lagi saya ke sini ke rumahmu dengan pasangan halal saya dalam bentuk haji,” doa wanita itu ketika mengerjakan umrah.
“Nah, ketika dia melamar saya, saya ingin bersamamu sebagai suamimu dan ingin membawamu (menunaikan) haji. Berarti ini adalah petunjuk dari Allah,” tambahnya.
Mauni kemudian bersetuju untuk disatukan secara sah disisi Islam bersama Jawad dalam satu majlis sederhana di Lombok.
Jawad sangat yakin dengan pilihannya kerana mengenangkan pengalaman arwah neneknya yang pernah dibantu oleh rakyat Indonesia sewaktu mengerjakan Haji.
“Sekumpulan orang mengelilingi nenek saya dengan tujuan untuk melindunginya sewaktu mengerjakan ibadah Tawaf dan mereka merupakan orang Indonesia,” kongsinya.
Baca juga: Tidak sampai sejam dirompak, lelaki berjaya kesan pelaku guna aplikasi ‘Find My Apple’