Tukang cuci bangunan jadi tetamu Khalid hari ini

Tukang cuci bangunan jadi tetamu Khalid hari ini

Menjadi Menteri bukan bermakna sekadar berhubung dengan pembuat keputusan tetapi juga pekerja bawahan yang selama ini tidak dipandang oleh banyak orang.

Tetapi bagi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad setiap orang mempunyai peranan masing-masing dan perlu dihargai.

Hari ini, ketika Syawal masih diraikan, Khalid menjemput kesemua 28 pencuci bangunan di Kementerian Wilayah Persekutuan ke bilik beliau di bangunan tersebut.

Sebagai menghargai dan meraikan mereka, setiap mereka diberikan duit raya tanda terima kasih beliau kepada mereka.

Di samping itu, beliau sempat bergambar dengan mereka di pejabat beliau yang selama ini menjadi tempat pertemuan beliau dengan para tetamu.