Malaysia Dateline

‘Tukang kebun, makcik cleaner pun boleh jadi jerung’, orang ramai sindir kenyataan Shahril

Orang ramai dilihat menyindir kenyataan Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan termasuk berpendapat tukang kebun dan makcik cleaner pun boleh jadi jerung.

Reaksi awam itu susulan ‘penjelasan’ Shahril bahawa istilah ‘jerung’ dalam sesuatu kes penyelewengan tidak semestinya membabitkan pemimpin politik.

Kata pemegang Ijazah Sarjana Muda jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) itu jerung adalah individu yang berkemampuan serta mempunyai pengaruh yang kuat untuk melakukan penyelewengan.

Kenyataan yang memetik video yang disiarkan di Facebook Shahril itu merujuk kepada pendakwaan berhubung kes penyelewengan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang sehingga sekarang menyaksikan tiada mana-mana orang politik didakwa.

“Betul kata ketua penerangan Umno ini. Tidak semestinya jerung tu ialah menteri dan ahli politik! Tukang kebun atau makcik cleaner pun boleh jadi jerung!” sindir seorang warganet.

Sementara itu, Sulaiman Karim berkata, “Takkan berani berbuat demikian tanpa arahan atasan” manakala Mohd Nasir Baba pula menulis, “Siapa berani mengarahkan CEO kecuali orang politik yang duduk sebagai Pengerusi-pengerusi termasuk menteri”.

Terdahulu, bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, 78, yang bersara wajib pada 1998 selepas berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan itu dijangka berdepan pertuduhan pecah amanah membabitkan kes perolehan LCS.

Beliau yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dijangka berdepan tiga tuduhan termasuk membabitkan bayaran RM13 juta kepada Setari Holdings Ltd, yang dikatakan dilakukan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah BNS.

Baca juga ‘Dah macam tengok bilis bukan Billie Eilish’, peminat tidak puas hati dakwa penganjur tipu

Baca juga Teka-teki KBAT ni, boleh buat modal pada anak