Tukang sapu tepi jalan rupanya jutawan, ini kisah yang ramai tidak tahu

Oleh KIM SYAZIE

Siapa menyangka di saat usia sudah melebihi setengah abad, seorang wanita dari Wuhan sanggup bekerja sebagai tukang sapu walaupun sudah memegang status jutawan.

Menurut South China Morning Post, Yu merupakan pemilik 17 apartment bernilai lebih daripada 10 million yuan (RM6.4 juta).

Walaupun sudah mempunyai banyak wang, Yu meneruskan pekerjaan sebagai tukang sapu jalan di bandar dengan pendapatan hanya 1,420 yuan (RM910).

Setelah dikenal pasti oleh sebuah akhbar tempatan iaitu Wuhan Evening Times, Yu terus menjadi inspirasi semangat bekerja kuat di China.

Dia melakukan kerja tersebut sejak tahun 1998 yang pada ketika Yu masih miskin dan hidup susah.

Apabila dia hidup senang dan memiliki pangsapuri mahal di bandar pada tahun 2008, dia bertekad untuk tidak menjadi malas seperti orang lain.

Dia menjadikan kerja itu sebagai contoh yang baik buat anak-anaknya agar tidak terus berhenti hanya kerana sudah menjadi kaya.

“Saya mahu menjadi contoh yang baik untuk anak saya. Saya juga tak mahu hanya duduk goyang kaki dan habiskan duit yang saya dapat,” ujarnya.

Ketika ini, anak-anaknya mengikuti cara hidupnya, yang lelaki menjadi pemandu manakala anak perempuannya turut bekerja dalam bidang lain.

Artikel asal HuffPost disiarkan pada tahun 2013.

Baca juga: MP PAS dari Besut rasmi mesin ATM di pam minyak jadi bahan ketawa netizen