Tukar PM tidak boleh tergesa-gesa, kata Abdul Hadi

Tukar PM tidak boleh tergesa-gesa, kata Abdul Hadi
Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengunjungi Tun Dr Mahathir Mahathir di Putrajaya pada Februari lalu.- Foto Pejabat Perdana Menteri.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan untuk menukar perdana menteri bukan seperti menukar kasut.

Angggota Parlimen Marang itu berkata ia tidak boleh dilakukan tergesa-gesa apatah lagi masih terdapat janji yang belum ditunaikan Pakatan Harapan selepas mentadbir negara.

Menurutnya, masa dan peluang juga harus diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selagi beliau mampu menggalas tugas tersebut.

 “Jangan tergesa-gesa, apa lagi janji Pakatan Harapan belum ditunaikan. Belum apa-apa sibuk nak tukar tengah jalan.

“Jadi perdana menteri bukan macam pakai kasut, tukar sekejap-sekejap. Biar betul-betul stabil.

“Beliau ada pengalaman, jadi perdana menteri yang paling lama, ada peranan semasa dia memerintah dulu. Boleh ambik pengalaman dia.

“Apa lagi dengan usia dia; bagi peluang kepada dia selagi dia mampu laksanakan tugas itu,” kata Abdul Had seperti dipetik Astorawani hari ini.

Beliau berkata tempoh matang juga perlu bagi menukar pemimpin nombor satu negara dan ketika ini Dr Mahathir lebih menonjol dalam Pakatan Harapan.