Tukar PM tidak memadai, reformasi perlu dilaksana

Tukar PM tidak memadai, reformasi perlu dilaksana

 

 

 

 

 

 

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penyalahgunaan kuasa dianggap oleh rakyat terlalu berleluasa pada ketika ini dan membebankan.Rakyat sudah amat bosan.Tidak ramai yang sanggup masuk penjara atas prinsip dan ketegasan perjuangannya.

Di sini Anwar Ibrahim menyerlah api perjuangan serta tuntutan refomasi yang dibawanya sekian lama.

Masyarakat Melayu terutama di luar bandar kini sedikit demi sedikit telah mula memahami apa yang dikatakan reforms atau refomasi ini.

Sejak tahun 1989 jeritan reformasi bergema dengan kuatnya di seluruh negara.

Akan tetapi pada hakikatnya tidak ramai benar-benar memahami apa sebenarnya isi dan maksud reformasi ini.

Saya berada di suatu kampung kurang tiga puluh kilometer dari Grik Perak minggu lepas dalam program ‘Melayu Bermaruah’ anjuran PKR Ibu Pejabat.

Beberapa orang tokoh PKR seperti YB Abdullah Sani Ahli Parlimen Kuala Langat yang juga selaku Pemangku Presiden MTUC serta Syed Ibrahim Ketua Penerangan PKR Malaysia dan lain-lain pemimpin turut hadir di majlis tersebut.

Penduduk-penduduk kampung yang rata-ratanya penoreh getah keluar beramai-ramai untuk mendengar ucapan dari pemimpin-pemimpin yang datang.

Biasanya kita ingat mereka tidak akan faham dan tidak kisah dengan tajuk-tajuk seperti 1MDB, RM2.6b dan GST.

Rupa-rupanya saya silap. Mereka amat tahu dan berasa sangat marah kepada kerajaan Umno/BN dan berkata ‘kami hidup menderita di kampung walhal mereka hidup bermewah-mewah di negara ini’. Harga getah cuma berapa sen sekilo. Kami susah.”

Hari ini cubalah kita bertanya mengenai tajuk-tajuk di atas kepada orang ramai di bandar atau di kampung mereka semua tahu dan berasa sakit hati dengan apa yang telah berlaku.

Bila cadangan reformasi dicadangkan terhadap institusi seperti perbankan, perundangan, pentadbiran dan lain-lain mereka pasti bersetuju dan bertepuk tangan.

Di sinilah kehebatan Anwar Ibrahim yang mempelopori gerakan pembaharuan dan reformasi hampir 18 tahun yang lalu.

Yang agak ajaibnya Tun Dr Mahathir pun bersetuju reformasi ini perlu dilakukan sekarang seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Rakyat yang beliau sendiri tandatangani.

Selain mendesak Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri untuk meletak jawatan perkara ke dua di dalam Deklarasi Rakyat menuntut reformasi dilakukan di Malaysia.

Gelombang tuntutan reformasi ini sedang bergema ketika ini di bandar-bandar dan di kampung-kampung. Kumpulan demi kumpulan diwujudkan semua berbicara mengenai reformasi yang perlu dilaksana di negara ini.

Penyalahgunaan kuasa dianggap oleh rakyat terlalu berleluasa pada ketika ini. Dan membebankan.

Rakyat sudah amat bosan.

Jawapan dan penerangan yang dibuat oleh pemimpin Umno/BN seperti Anuar Musa Ketua Penerangan Umno Malaysia serta Menteri-menteri seperti Datuk Rahman Dahlan, Datuk Azalina, Datuk Said Keruak dan lain-lain bahawa gerakan untuk menjatuhkan Najib akan gagal kerana pada masa lepas mereka juga taat kepada pemimpin termasuk menyokong tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Dr Mahathir.

Mereka ini pada pandangan saya tersasar dari seruan dan objektif ramai orang sekarang ini yang bukan semata-mata mahu Perdana Menteri meletak jawatan tetapi yang lebih penting rakyat mahu intitutional reforms atau reformasi dilakukan segera di negara ini dalam pelbagai bidang dan pentadbiran.

Rakyat sudah bosan dengan skandal-skandal yang terlalu berleluasa berlaku di negara ini.

Kisah-kisah seperti yg berlaku di Mara, Tabung Haji, Felda dan lain-lain menyebabkan rakyat kecewa dan marah.

Kalau pun Dr Mahathir sendiri sekarang ini menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia tuntutan reforms ini pasti bergema. Ia tidak lagi menjadi perkara kecil atau sampingan.

Kalau dahulu ia cuma slogan-slogan politik semata-mata tetapi hari ini ia seolah-olah sudah bertukar menjadi ‘tsunami’ besar yg dituntut oleh rakyat. Dr Mahathir juga sudah menyeru untuk reformasi.

Menukar Perdana Menteri sahaja sudah tidak memadai. Rakyat menuntut reforms atau refomasi dilakukan segera.

Dan inilah jasa besar yang disumbangkan oleh Anwar Ibrahim. Rakyat menuntut refomasi.

Reformasi !!!

 

CATEGORIES