Malaysia Dateline

Tukar sahaja kepada Dewan Darurat, kata MP Sepang kepada PN

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) menggantikan Dewan Rakyat kepada Dewan Darurat susulan keputusan kerajaan yang menguatkuasakan peraturan baru di bawah Ordinan Darurat, semalam.

Beliau menyindir sikap kerajaan dan berkata betapa mudah untuk kerajaan mentadbir negara dalam tempoh darurat kerana undang-undang tidak perlu diluluskan di Parlimen.

“Betapa mudah nak tadbir negara sekarang ini!¬†Tak perlu mandat rakyat. Nak buat undang-undang bila-bila masa pun boleh. Tak perlu pergi Parlimen.

“Persetan prinsip akauntabiliti, persetan demokrasi. Gomen (kerajaan) tebuk atap pengkhianat mandat rakyat tak mahu tukar¬†Dewan Rakyat kepada Dewan Darurat ke?,” soalnya dalam satu hantaran Facebooknya.

Terdahulu, langkah kerajaan PN yang meluluskan belanjawan tambahan tanpa penelitian oleh Parlimen dengan menggunakan alasan darurat mengejutkan rakyat negara ini.

Keputusan tersebut dipertikai ramai pihak yang beranggapan tiada keperluan untuk kerajaan menguatkuasakan pewartaan sedemikian.

Semalam, kerajaan mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baharu, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021

Ordinan Darurat itu juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 di man kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.