Malaysia Dateline

Tukar terus pada gear P, salah tu! Ini tips tukar gear yang betul

Ada kereta tetapi sebahagian daripada kita masih tidak mengendalikan gear dengan betul. Padahal, menukar gear ada caranya bagi mengelakkan berlakunya kerosakan.

Semasa ‘parking’ terutamanya, sesetengah orang selalu terlepas pandang tentang langkah yang sepatutnya dibuat ketika menukar gear.

Ini cara menukar ‘gear’ ketika parking yang betul seperti dikongsikan pengguna Tiktok, James Alatin.

Beliau mengingatkan bahawa penukaran terus pada gear dalam keadaan bebas ‘P’ (Park) kemudian menarik brek tangan adalah tindakan yang salah.

Ikuti langkah yang betul dikongsikan beliau di bawah:

  1. Tukarkan gear anda kepada neutral (N) terlebih dahulu.
  2. Kemudian, tarik brek tangan.
  3. Akhir sekali baru tukarkan gear anda kepada simbol ā€˜Pā€™.

Semoga bermanfaat.