Malaysia Dateline

Tular berita palsu mampu gangugugat ketenteraman awam, kata PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai tidak mudah percaya dengan berita provokasi yang boleh membangkitkan ketidakpuasan hat iserta mengundang tindak balas dari mana-mana yang sengaja menyebarkan berita palsu.

Ketua Komunikasi Koporat PDRM Penolong Penguasa Datuk Asmawati Ahmad berkata, PDRM memberi jaminan keadaan keselamatan awam akan terus terpelihara.

“Tindakan tegas berlandas undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terbukti cuma memporak-perandakan kesejahteraan dan perpaduan rakyat dan memperjudikan keamanan negara.

“PDRM menjunjung tinggi hak kebebasan bersuara tetapi haruslah diingatkan bahawa hak dan kebebasan itu mempunyai batasannya serta tidak boleh disalgunakan untuk kementingan yang tersurat.

“Demi kemaslahatan masyarakat dan negara jangalah ada mana-mana pihak bertindak atau membuat sebarang bentuk kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

PDRM mengeluarkan kenyataan ini susulan tersebarnya beberapa berita palsu yang dikesan mengunakan pelbagai bentuk dan platform memanipulasi isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafiled Subang Jaya.

Ia disebarkan melalui applikasi voice note whatapps dan di media sosial mengenai kumpulan gengster yang melakukan pukulan rambang ke atas sesiapa yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Selain voice note untuk meminta orang Melayu bersiap sedia dengan senjata sebagai persediaan menghadapi perhimpunan pada 8 Disember yang kononnya berlaku pertempuan tiga penjuru.

Mesej whatsapp yang mendakwa Bukit Aman mengeluarkan amaran akan berlaku serangan rambang oleh beberapa kumpulan di sekitar Subang Jaya, Puchong, Klang dan Jalan Klang Lama selepas jam 9.00 malam.

Dan turut tular perkongsian gambar yang telah dimanipulasi dengan tujuan membentuk persepsi wujud situasi ketidaktenteraman awam yang tidak terkawal di seluruh negara.