Tular dakwaan Ira Kazar sedang hamil, ini jawapan Datuk Yusof Haslam

Oleh WAN SITI AMINAH

Dakwaan mengenai kehamilan isteri pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sedang menjadi perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial.

Mengundang begitu banyak persoalan, masih tiada sebarang pengesahan atau penafian dibuat oleh pihak Syamsul mahupun Ira Kazar sendiri.

Baru-baru ini, beredar pula satu rakaman memaparkan bapa Syamsul iaitu penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang memberi respon mengenai khabar tersebut.

Yusof memaklumkan bahawa dirinya langsung tidak tahu menahu mengenai kesahihan khabar yang mengatakan menantunya itu sedang hamil anak pertama.

Tiada keperluan, Yusof yang pernah bergelar pengarah itu juga tidak mahu mengambil tahu tentang perkara berhubungan dengan Ira Kazar.

Enggan memberikan sebarang komen, pengasas syarikat penerbitan, Skop Production itu mahu menjaga hati ramai pihak terutamanya isteri, Datin Patimah.

@mstar.malaysia

Ira Kazar dikatakan sedang hamil, Yusof Haslam enggan komen… Pilih kunci mulut konflik Syamsul kahwin dua #mstar #mstarmalaysia #irakazar #datoyusufhaslam #sembangentertaiment

♬ original sound – mStar Malaysia – mStar Malaysia

“Saya tidak tahu, saya tidak mahu tahu. Saya tidak tahu dia hamil ke, tak hamil ke, Wallahualam. Saya tak mahu cakap, isteri dah pesan tolong jangan cakap apa-apa.

“Salah cakap nanti tak sedap pula. Saya nak jaga hati isteri saya. Syamsul anak saya dan saya nak jaga hati dia juga. Saya tak mahu hubungan kami jadi tak bagus. 

“Saya kena jaga hati menantu saya, cucu-cucu saya dimana mereka pun dah faham dan dah matang,” katanya.

Menyita perhatian ramai, video yang tular di media sosial itu dikongsi menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik portal berita, Mstar.

Menerusi video tersebut, penerbit yang berusia 69 tahun itu juga enggan memberi sebarang respon mengenai rancangan pertemuan bersama Ira Kazar.

Baca juga: Terkejut bayi hilang pukul 6 pagi, lelaki tak sangka rupanya anak kena jual, paling terkejut lepas tahu kerja siapa