Rakaman papan pemuka (dashcam) milik seorang pengguna jalan raya tular selepas secara tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang sedang melintas lebuh raya.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah lebuh raya dari Port Dickson menghala ke Seremban.
Dalam video tersebut, pemilik dashcam yang ketika itu berada di lorong paling kanan tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang sedang berlari melintasi jalan.
Kereta tersebut tidak dapat mengelak dan berlanggar dengan lelaki tersebut.
Perkara tersebut mengundang kebimbangan ramai yang tertanya-tanya bagaimana individu tersebut boleh melintasi lebuh raya yang banyak dengan kenderaan laju.
“Salah melintas macam tu, ada sebab kenapa Plus letak pagar kat tengah divider tu. Sebab tak nak orang melintas takut jadi apa-apa.
“Apa yang ditakutkan terjadi juga. Ikut undang-undang bukan salah kereta tu. Salah pejalan kaki tu sebab melintas di tempat yang tak sepatutnya,” kata seorang pengguna FB.
Baca juga: “Serabut gila kahwin dengan isteri sakit jiwa, asyik ugut nak mati dan cederakan diri sendiri”