Malaysia Dateline

Tular gambar pekerja Diego Garcia mirip mangsa hilang nahas MH370, undang polemik netizen

Kisah kehilangan pesawat MH370 masih menjadi misteri namun beberapa hari ini menjadi hangat apabila tular gambar yang memaparkan beberapa wajah terkini yang didakwa adalah sebahagian penumpang pesawat berkenaan.

Beberapa gambar yang tersebar itu termasuklah gambar yang didakwa ia merupakan Andrew Nari, iaitu Ketua Pramugara kepada pesawat itu.

Gambar yang tular mirip mangsa MH370 didakwa adalah pekerja di AFN Diego Garcia yang merupakan pulau tropika yang terletak pada lokasi terpencil di Lautan Hindi.

Susulan tularnya gambar mirip mangsa MH370 netizen mula berpolemik dan menyatakan rasa hairan mengapa muka-muka pekerja di AFN Diego Garcia hampir sama dengan muka mangsa yang hilang dalam nahas MH370.

Tular gambar pekerja Diego Garcia mirip mangsa hilang nahas MH370 undang polemik netizen

“Pelik tak kenapa muka pekerja2 di AFN Diego Garcia hampir sama dgn muka mangsa2 yg hilang dalam nahas MH370.

“Tempat ini adalah satu pulau Markas Tentera di British Indian Ocean Territory yang hanya boleh dimasuki oleh military,” komen Raeef Rakimin yang turut berkongsi wajah mangsa.

Bagaimanapun salah seorang anak mangsa, Maira Elizabeth Nari di hantaran Instastory menegaskan individu di dalam gambar tular itu bukan ayahnya.

Tular gambar pekerja Diego Garcia mirip mangsa hilang nahas MH370 undang polemik netizen
mirip 3

Dia memuat naik hantaran itu setelah menerima beberapa kiriman yang dibuat melalui Instagram (DM) bertanyakan perkara tersebut.

”Hello, hari ini saya mendapat tahu bahawa orang di dalam gambar ini dikatakan adalah ayah saya atau mirip ayah saya.

“Saya ingin menjelaskan dia bukan bapa saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui “direct message” (DM) dan ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat membalas satu-satu mesej.

”Namun saya menghargainya dan amat berterima kasih atas ingatan kalian,” katanya dalam hantaran ‘instastory’ tersebut.

Terdahulu kisah kehilangan pesawat MH370 pada 2014 secara misteri telah menggemparkan seluruh dunia.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan kemudian menemui jalan buntu dan apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat tersebut kekal misteri sehingga ke hari ini.

Diego Garcia merupakan sebuah pulau tropika yang terletak pada lokasi terpencil di Lautan Hindi. Pulau ini dikelilingi oleh kira-kira 60 atol lain. Atol merujuk kepada rangkaian pulau yang terbentuk oleh terumbu karang. Ia adalah rumah kepada penyu, burung penghijrah gergasi dan ketam kelapa haiwan darat yang terbesar di pulau itu.

Pulau ini pada awalnya adalah milik empayar British. Sejarah kepulauan itu bermula apabila nenek moyang orang Ilois telah dibawa ke pulau itu sebagai hamba untuk mengusahakan ladang kelapa pada abad ke-18.

Ketika ini, dianggarkan seramai 3 hingga 5,000 anggota tentera berada di pulau ini, kebanyakkanya merupakan warga Amerika Syarikat dan segelintir daripada United Kingdom.

Selain itu, terdapat juga orang awam yang berada di pulau dan majoritinya hadir dari Pulau Mauritius yang berkhidmat sebagai pekerja pembersihan di fasiliti tersebut.

Kini, Diego Garcia dianggap sebagai pangkalan tentera hadapan paling penting Amerika Syarikat di Lautan Hindi. Ini dapat dibuktikan apabila yang memainkan peranan utama ketika negara itu melancarkan perang di beberapa buah negara Timur Tengah.

Baca juga:Selepas 20 tahun didakwa baca khutbah anti Yahudi, imam kelahiran Perancis dihantar pulang ke Maghribi

Baca juga: Landskap rosak dipijak ketika Hari Kemerdekaan, DBKL rugi RM700,000