Tular guru ‘free hair’ cantik mengajar tulisan jawi di sekolah

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tular video di media sosial hari ini yang menunjukkan seorang guru ‘free hair’ sedang mengajar tulisan Jawi di sebuah sekolah.

Video tersebut yang meraih lebih 1.1 juta tontonan itu menunjukkan Loren menulis peribahasa Melayu “Bagai aur dengan tebing” dalam tulisan Jawi.

Guru beragama kristian yang bernama Loren fren itu menunjukkan bakat menulis jawi sambil membuktikan dia juga boleh menulis jawi dengan baik.

Dalam kapsyen video tersebut, Loren menulis, “Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…”

Menurutnya, tulisan Jawi adalah sebahagian daripada seni, warisan, dan sejarah Melayu yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia, dan beliau turut menyeru orang ramai agar tidak bersikap negatif terhadap tulisan bersejarah ini.

Loren menjelaskan melalui teks di dalam video bahawa dia sedang mengajar topik tulisan Jawi kepada anak muridnya.

Dalam ruang komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum terhadap Loren sambil memuji ini contoh terbaik tentang perpaduan dan semangat sebenar seorang pendidik Malaysia, yang tidak terhad oleh sempadan agama mahupun bangsa.

Selain itu ada juga komen-komen nakal dari kaum lelaki yang berkata mahu belajar jawi dengan Loren.

baca: Media Thailand sifatkan Malaysia ‘pesaing’ yang menakutkan, tak sangka ini puncanya