Tular video bergaduh dengan isteri, Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman yang memaparkan sepasang suami isteri bergaduh di hadapan anak kecil tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada pertelingkahan mengenai isu pembayaran nafkah.

Suami di dalam tiga klip yang tersebar tersebut didakwa merupakan seorang bekas ketua polis negara iaitu Tan Sri Musa Hassan.

Tidak menafikan atau membenarkan dakwaan itu, Musa memberi amaran agar orang ramai tidak masuk campur atau membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, mereka yang bertindak menganggu privasi keluarganya bakal menerima tindakan undang-undang dari pihak berkuasa.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” ciapnya.

Ekoran daripada kejadian itu, Musa turut memuat naik beberapa siri hantaran di Twitter mengenai hadis dan ciri-ciri isteri derhaka.

Dalam perkembangan sama, Musa menegaskan bahawa isu tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk siasatan lanjut.

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri. Semoga Musa Hassan berjaya menjernihkan kembali hubungan mereka tanpa sebarang kekasaran.

Baca juga: Mahiaddin nafi ditahan, PN adakan solat hajat