Tular video berpegangan tangan dengan kekasih, Shila Amzah dah berkahwin?

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman video yang memaparkan aksi romantis pelakon, Shila Amzah bersama kekasihnya tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, pasangan itu sedang mengunjungi satu restoran layan diri yang terletak di Genting Highland, Pahang.

Menerusi video yang ditularkan di laman media TikTok itu, terlihat Shila memegang tangan teman lelakinya yang dikenali sebagai Ubai Mz.

Rakaman itu telah mencetuskan persoalan dan spekulasi di kalangan peminat mengenai status hubungan mereka.

Rata-rata penonton mula tertanya-tanya sama ada penyanyi yang berusia 33 tahun itu telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki itu.

https://www.tiktok.com/@ha_cda/video/7218926918618352901?_t=8bJBotvyWqP&_r=1

“Dah kahwin ke? Saya terlepas bas ke?,” soal seorang pengguna yang mempersoalkan hubungan pasangan itu.

“Moga Allah satukan mereka dan dihindari daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah. Aamiin.” Doa seorang pengguna.

Terdahulu, Shila dan Ubai yang merupakan selebriti TikTok itu membuat pendedahan bahawa mereka sedang menjalin cinta.

Lapan tahun lebih muda daripada Shila, Ubai mengakui hubungan tersebut telah mendapat restu daripada dua belah keluarga.

Untuk rekod, Shila Amzah pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari tahun lalu.

Baca juga: “Berapa ya nak bagi duit raya tahun ni?” – Setiap tahun mesti pening, ini panduan bajet untuk anda