Tokoh keagamaan yang bertapak di Tibet, Dalai Lama memohon maaf setelah rakaman aksi tidak senonohnya tular di media sosial.
Menerusi video yang tular itu, Dalai Lama dilihat mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki di bawah umur.
Mengundang kemarahan, pemimpin spiritual Buddha itu kemudian menjelirkan lidah dan meminta anak kecil itu menghisapnya.
Dakwa kelakuan itu hanya sekadar gurauan, tokoh popular itu kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf.
“Yang Mulia ingin memohon maaf kepada budak lelaki itu dan keluarganya, serta rakannya di seluruh dunia, kerana kata-katanya yang melukakan hati.
“Beliau sering mengusik orang yang ditemuinya tanpa rasa bersalah dan suka bermain. Walaupun di khayalak ramai dan di hadapan kamera.
“Dia kesal dengan kejadian itu,” tulis kenyataan yang dikeluarkan kakitangan pejabatnya untuk mengulas kontroversi berkenaan.
Difahamkan, kejadian itu dikatakan berlaku dalam sebuah acara di McLeod Ganj, pinggir bandar Dharamshala, terletak di utara India.
Rata-rata netizen mula mempertikaikan gelaran Pemenang Anugerah Keamanan Nobel yang disandang sami tersebut.
Baca juga: Kecewa cinta ditolak, lelaki tekad ‘hadiah’ sekilo daging babi kepada wanita Islam