Tular video makan bersama, Mimi Lana masih tidak iyakan atau nafi hubungan cinta dengan Syafiq Kyle

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon Mimi Lana nampaknya masih bermain tarik tali dan tidak mengiyakan atau menafikan status hubungannya dengan pelakon kacak, Syafiq Kyle.

Hubungan mereka berdua menjadi tanda tanya sehingga kini biarpun baru-baru ini video makan malam pasangan selebriti itu tular di media sosial.

Netizen mengandaikan mereka sudah kembali bersama, namun Mimi tidak menafikan atau mengiyakan.

“Saya dan Syafiq dalam keadaan yang baik, tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya”.

Begitulah kenyataan yang dikongsikan Mimi apabila ditanya mengenai video makan malam bersama Syafiq yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Lapor Gempak, pertemuan makan malam itu berlaku selepas mereka sama-sama menghadiri acara malam gala filem War On Terror: KL Anarki yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

“Saya dan Syafiq… macam itu lah. Kita keluar makan selepas kita menghadiri majlis malam gala filem War On Terror: KL Anarki. So, selepas itu kita pergi makan,” jelasnya.

Diminta mengulas mengenai perkongsian putus cinta yang dimuat naik di Instagram, Mimi berkata, hantaran itu bersifat umum.

Sekadar info, Mimi Lana dan Syafiq Kyle sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan pada 18 Ogos lalu tetapi terpaksa dibatalkan seminggu sebelum majlis berlangsung.

Baca juga: Wang RM14,000 lesap, peniaga jalin cinta dengan isteri orang dipukul sekumpulan lelaki