Tular video pengkid cuba peluk jurujual, netizen cadang wanita buat laporan polis

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu rakaman memaparkan seorang pengkid atau gadis yang berperwatakan seperti lelaki telah mengundang perbincangan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, video tersebut sempat merakam aksi pengkid berkenaan yang bertindak menganggu seorang jurujual wanita di sebuah kedai emas.

Walaupun jurujual berkenaan jelas kelihatan tidak selesa, pengkid itu tidak berhenti ‘mengacau’ malah cuba untuk memeluk wanita tersebut.

Meskipun ditolak, pengkid itu terus mengejar wanita yang berusaha untuk melindungi dirinya dengan melarikan diri masuk ke dalam kedai emas.

Bertindak keterlaluan, gadis pengkid itu turut mengakui gemar untuk mengusik jurujual tersebut kerana menurutnya situasi itu kelakar.

“Saya suka kacau ini amoi (panggilan buat gadis berbangsa Cina) sebab dia takut dengan saya,” tulis pengkid itu bersama emoji ketawa.

Menyita perhatian ramai, video tular berkenaan dikongsi oleh seorang pengguna media sosial menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna berkongsi pendapat bahawa perlakuan tidak sopan itu merupakan satu gangguan seksual.

Ramai juga individu yang memberi cadangan agar jurujual berkenaan segera membuat laporan polis sebelum keadaan menjadi bertambah teruk.

“Ini sexual harrassment (gangguan seksual) jugalah kan? Walaupun dia juga perempuan sebenarnya,” kongsi seorang pengguna yang mempersoalkan tindakan pengkid itu.

“Dah boleh buat laporan polis ini. Walaupun yang buat (gangguan) itu pengkid.” Cadang pengguna lain yang prihatin dengan jurujual berkenaan.

Berdasarkan papan kenyataan premis berbahasa jawi yang terpapar di dalam video berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan pantai timur.

Baca juga: Pinjam duit demi tayang kemewahan, pelakon terpaksa jual rumah untuk bayar hutang