Perbezaan umur tidak menjadi penghalang buat seorang warga emas berusia 80 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 18 tahun.
Memetik laporan berita Tribunnews, perkahwinan lelaki tua dari Jakarta itu dengan cepat menjadi perhatian pengguna media sosial.
Perbezaan usia pengantin lelaki dengan perempuan kira-kira 62 tahun.
Menerusi klip video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muzaha.ibh, pasangan pengantin dilihat sedang duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah.
Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah (RM14,462) dan beberapa hantaran berjumlah 200 juta rupiah (RM57,850) secara keseluruhan.
Antaranya, tiga ekor lembu dan sebuah motosikal.
“Saya terima nikahnya Ayu Wulandira (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah,” kata warga emas itu.
Bagaimanapun, pengantin wanita tidak menunjukkan sebarang reaksi malah hanya diam, seolah-olah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.
Baca juga: Rupanya bukan sebab cinta, ini 6 faktor gadis bujang idamkan suami orang – “Isteri kena jaga-jaga!”