Malaysia Dateline

Tulisan belakang lori ini buat Noraini satu Malaysia terhibur

Tulisan kata-kata cinta di belakang sebuah lori membuatkan individu bernama Noraini satu Malaysia terhibur dan tersipu-sipu malu.

Pelbagai ungkapan menarik tertera di belakang lori itu antaranya, “berat muatanku lebih berat rindu padamu” dan “cintaku takkan lekang oleh waktu”.

Terpampang juga ungkapan, “putus cinta tak sakit. Yang sakit dah putus tapi masih cinta”, “setia ke hujung nyawa” dan “aku cinta pada Noraini”.

Sehubungan itu, beramai-ramailah insan bernama Noraini menghadirkan diri ke ruang komentar.

“Terasa diriku terlalu terlalu istimewa,” kata Noraini Pauzi manakala seorang lagi Noraini menulis, “Sorry abang lori, saya cinta abang funfair“.

Dalam masa sama, warganet yang bukan bernama Noraini turut meninggalkan komentar bernada seloroh.

“Sakit agaknya pemandu lori ni. Sakitnya hanya Noraini saja boleh ubatkan,” kata Fawziah Abd Aziz.

Sementara itu, Sakinah Saad pula menulis, “Cemburunya saya dengan Noraini, dicintai sebegitu sekali”.

Baca juga Kena cuci gelas dan pinggan sendiri, ini senarai 20 pengalaman hotel paling pelik pernah pengunjung alami

Baca juga Ibu yang lahirkan, budak 6 tahun menangis muka disamakan dengan bapa