Mahathir umumkan PH cukup kerusi, esok majlis angkat sumpah PM

Tun Mahathir mengambil gambar wartawan sebelum memberikan sidang media.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gabungan itu berjaya mendapat majoriti mudah 112 kerusi jam 2.45 pagi untuk membentuk kerajaan di negara ini.

Pengumuman itu dibuat Mahathir dalam satu sidang media yang diadakan di hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Ketika memberikan sidang medianya, Tun Mahathir berharap majlis mengangkat sumpah sebagai perdana menteri akan dibuat esok.

Selepas PM mengangkat sumpah, beliau akan melantik timbalan perdana menteri dan menteri kabinet yang lain, kata Mahathir.

Menurut Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini terpenjara akan dilantik menjadi perdana menteri selepas ini.

“Namun undang-undang negara ini memerlukan Anwar menjadi ahli parlimen dahulu sebelum dilantik sebagai perdana menteri,” kata Mahathir yang juga menyebut Anwar akan menyertai pilihan raya kecil selepas ini.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS