Tun M calon PM paling popular berbanding Najib

Hasil kajian dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati Tun Mahathir Mohamad ialah calon perdana menteri paling popular berbanding Datuk Seri Najib Razak.

Secara keseluruhan, Tun Mahathir memperolehi 61% sokongan berbanding Najib (39%) yang menggambarkan populariti bekas perdana menteri itu melonjak naik selepas diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Januari lalu.

Sokongan berdasarkan kaum juga menunjukkan Tun Mahathir mendapat 57% sokongan Melayu berbanding Najib (43%), Cina (72%) dan India (61%) manakala Najib hanya mendapat 28% sokongan kaum Cina dan India (39%).

Dapatan kajian IDE bagi tempoh 23 hingga 26 Mac 2018 itu dibentangkan timbalan pengerusi merangkap ketua pegawai eksekutif IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman di Auditorium IDE dekat Shah Alam sebentar tadi.

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 10.0