Tun M keliru sokong calon Amanah di PRK, kata Ahmad Zahid

Tun M keliru sokong calon Amanah di PRK, kata Ahmad Zahid

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Tun Mahathir Mohamed terkeliru apabila membuat keputusan untuk menyokong calon Amanah dalam dua pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Selangor.

Beliau berkata Umno-BN tidak perlu menangkis keterlanjuran bekas perdana menteri itu yang sudah jauh tersasar.

“Saya kesian kerana brlaku konflik jiwa dan kekeliruan minda beliau. Apa yang beliau kata pula diterima bulat-bulat oleh mereka yang menyokongnya.

“Biarkanlah sahaja dia sorang yang terkeliru,” ujarnya soalan yang diajukan Malaysia Dateline.

Tun Mahathir pagi tadi di Sekinchan telah menyatakan sokongannya kepada calon Amanah berbanding calon Pas yang dianggap sebagai pemakan dedak kepada Najib kerana menyokong kerjasama parti itu dengan Umno.

Ahmad Zahid ditemui pihak media dalam rangka lawatannya ke Pusat Media di Hotel Kompit Sungai Besar petang tadi.

Dalam sidang media itu juga Ahmad Zahid menegaskan dakwaan Tun Mahathir kononnya jika Pakatan Harapan dapat menumpangan calon BN pada dua PRK ini

menunjukkan rakyat dan ahli Umno membenci Najib dan isterinya Rosmah, adalah tidak benar sama sekali.

” Rakyat tidak akan membenci seorang tokoh dan individu tertentu untuk menolak parti. Kita harap Allah swt maafkan Tun Mahathir dan diharapkan kebenciannya itu tidak terus ditanam,” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri ini juga menegaskan Tun Mahathir yang membantu kempen calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Selangor semata-mata untuk membakar kelambu BN.

“Kita tahu beliau cuba nak bakar kelambu BN. Kita faham beliau sedang berada di satu persimpangan jalan politik untuk menguji sejauh mana populariti beliau.

“Adakah masih ada pengaruh atau sebaliknya.

“Tatabasaha beliau dulu dan sekarang sama. Apabila beliau bersama musuh politik beliau sendiri tidak sedar keadaan sebaliknya,” ujarnya.

Esok Tun Mahathir dijangka akan menyampaikan ucaptama di Parlimen Kuala Kangsar dalam membantu kempen calon Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli.

COMMENTS

Wordpress (0)