Tun M ketuai PH jumpa Zahid kes pendaftaran esok

Tun M ketuai PH jumpa Zahid kes pendaftaran esok

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun DR Mahathir Mohamad akan mengetuai barisan pimpinan PH untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Dalam Negeri (KDN) esok Isnin  pada jam 11 pagi di Putrajaya.

Tun Mahathir dan rakan-rakannya akan bertemu Zahid untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendaftaran PH.

Ini kerana, selepas beberapa bulan difailkan, sehingga kini pendataran PH tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Zahid.

Satu sidang akhbar akan dibuat selepas pertemuan tersebut.

5.0
OVERALL SCORE
: 5.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS