Tun M menjadi inspirasi politik Indonesia

Tun M menjadi inspirasi politik Indonesia

Kebangkitan Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui Malaysia selepas PRU14 kini menular dan bakal mewarnai politik negara jiran Indonesia.

Tokoh besar reformasi Indonesia Prof Dr Amien Rais yang dikatakan bakal menjadi calon presiden negara itu telah hangat diperkatakan.

Misalnya di dalam program bual bicara politik di televisyen Indonesia turut membicarakan mengenai pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada 2019.

Amien Rais dikatakan mendapat inspirasi untuk bertanding daripada Tun Mahathir yang berjaya menerajui Pakatan Harapan dan menewaskan rejim BN.

“Mereka yang tak setuju dengan idea bapak Amien bertanding guna hujah berikut di Malaysia, kata mereka, keadaannya berbeda.

“Di sana, kata mereka korupsinya begitu gawat dan parah maka Tun M terpaksa bangun semula.

“Sedangkan di Indonesia, hujah mereka, Kerajaan pimpinan Pak Jokowi tidak sama dengan MO1. Keadaan di Indonesia sudah cukup baik di bawah pemerintahan Pak Jokowi Seronok dengan bual bicara mereka,” ujar Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang sempat menyaksikan program buat bicara itu ketika bercuti di Johor baru-baru ini.

Pengamat Politik dari Media Survei Nasional (Median), Rico Marbun, menilai Ketua Dewan Kehormatan PAN Amien Rais secara ketokohan memang layak untuk maju sebagai calon presiden (capres) pada Pemilihan Presiden (Pilpres) 2019.

9.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 8.0
CATEGORIES
TAGS