Tun M mahu semua parti bersatu lawan BN

Tun M mahu semua parti bersatu lawan BN

Mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad mahu parti-parti pembangkang bersatu jika mahu mengalahkan Barisan Nasioan (BN) dalam pilihanraya akan datang,

Beliau berkata satu-satunya kunci BN sentiasa menang dalam pilihanraya adalah kerana tidak ada perlawanan sesama sendiri di kalangan mereka.

“Sebab itu setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergerak nanti, kita akan pastikan semua parti pembangkang tidak berlawan sama sendiri dalam pilhanraya,” katanya ketika berucap di majlis bicara rakyat di Ketereh, Malam tadi.

Tun Mahathir berkata beliau, Muhyidin dan Mukhriz adalah bekas ahli Umno yang sekarang turun untuk mengalahkan Umno

Orang ramai membanjiri stadium mini Ketereh mengikuti ucapan Tun Mahathir.“Kami bukan ahli Umno biasa, saya sendiri jadi presiden Umno 22 tahun. (Tan Sri) Muhyuddin jadi timbalan presiden Umno agak lama, Mukriz pula biasa (pernah) jadi ketua perhubungan Umno Kedah,” katanya.

Sebab itu katanya, kini masa paling sesuai untuk tukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sekarang dengan sebuah kerajaan baru yang lebih baik.

“Najib telah ubah negara ini jadi negara yang teruk, jadi kita mesti ganti dengan kerajaan baru yang menyelematkan masa depan gernerasi depan,”katanya.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib yang katanya seperti raja yang berkuasa tanpa batas.

“Sekarang ada satu raja yang lebih berkuasa, maksud saya bukan raja-raja Melayu, tapi bernama Najib yang berbuat sesuka hati tanpa menghiraukan apa-pa undang-undang.

“Dia lantik peguam negara, Apandi (Ali) dan dia telah jadi lebih dari peguam negara.

“Dia sendiri jadi peguam negara dan jadi hakim sekaligus.

“Bila ada laporan terhadap Najib, dia kata dia tanya Najib dan Najib kata dis tak buat salah, jadi AG ni pun kata tiada kesalahan dilakukan Najib.

Beliau kemudian membandinmgkan dengan pencuri ayam yang dibawa ke hadapan hakim.

“Pencuri ni kata saya tak curi ayam sedangkan ayam yang dia bawa masa kena tangkap berkokok,” katanya.

Orang ramai sekitar lima ribu orang memenuhi stadium mini Ketereh tempat majlis tersebut.

Turut berucap adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

TAGS