Tun M mahu ‘tumpaskan’ Umno, kata Annuar

Tun M mahu ‘tumpaskan’ Umno, kata Annuar

Pengumuman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno sudah lama diduga selepas strateginya untuk 'menumpaskan' Datuk Seri Mohd Najib Razak dan mempengaruhi ahli parlimen gagal, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Pengumuman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno sudah lama diduga selepas strateginya untuk ‘menumpaskan’ Datuk Seri Mohd Najib Razak dan mempengaruhi ahli parlimen gagal, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini Annuar berkata strategi terbaru ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh Umno sebagai kaedah terakhir menewaskan Najib.

“Pendekatan ini didorong pengalaman Tun Mahathir di mana beliau bersedia mengorbankan Umno demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya,” kata Annuar.

Menurut Annuar, kerajaan Umno Kelantan pernah ‘dibunuh’ Mahathir dalam usahanya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah.

Begitu juga kerajaan Umno di Pulau Pinang dan Selangor dalam strateginya menewaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tun Mahathir sanggup memberi “hadiah” kepada PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang) asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

“Dalam kata lain sejarah membuktikan Tun M tidak teragak agak menghadiahkan pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya.

“Itu lah Tun Mahathir dalam lipatan sejarah perjuangannya,” kata Annuar.

Keluarganya sudah jadi bilionaire

Aksi Tun M  selepas mengumumkan dirinya keluar dari Umno petang tadi.Menurut Annuar lagi, bagi Tun M tidak rugi apa-apa kerana beliau dan keluarganya sudah mempunyai segala-galanya malah tersenarai dalam golongan bilionaire dan terkaya di Malaysia.

“Membunuh Umno juga satu jalan paling selamat buat Tun Mahathir untuk menjadikan beliau “darling of opposition”

“Dengan itu beliau berjaya menukar 23 tahun kebencian dan ‘harassment’ pembangkang kepada dirinya yang selepas ini akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa besarnya meruntuhkan Umno,” katanya.

Tun Mahathir hari ini mengisytiharkan beliau  keluar Umno sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri kerana  katanya Umno bukan lagi ‘Umno’ dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya. 

Beliau  dipetik berkata akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu. Tun juga mengumukan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga keluar Umno atas sebab yang sama sepertinya.

TAGS