Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tun M tekad tidak biarkan Malaysia berantakan apabila melepaskan jawatan nanti

Tun M tekad tidak biarkan Malaysia berantakan apabila melepaskan jawatan nanti

Oleh BERNAMAJune 22, 2019 6:54 am




Tun Dr Mahathir Mohamad bertekad tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri bila tiba masanya nanti.

Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata memang menjadi hasratnya untuk terus bekerja keras buat negara dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

“Yang pastinya saya tidak akan berlalu meninggalkan (kepimpinan) negara ini dalam keadaan berantakan, seperti yang dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini. Jadi saya sedang bekerja keras untuk negara, sedaya upaya, dan diharapkan kita akan dapat membetulkan keadaan dan menyelesaikan semua masalah yang kita warisi (dari kerajaan sebelum ini),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi program ‘The Future of Malaysia and ASEAN’ di Sidang Kemuncak Perniagaan Asean Bloomberg ke-5 di Bangkok semalam, yang dihoskan oleh ketua koresponden antarabangsa bagi Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin.

Menjawab satu soalan, Dr Mahathir berkata beliau akan berpegang teguh kepada janjinya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada Anwar sudah bersedia untuk memikul jawatan itu, Dr Mahathir berkata: ‘Ia bukan soal sama ada beliau sudah bersedia atau tidak. Saya sudah berjanji, dan saya akan berpegang teguh kepada janji saya”.

Dr Mahathir turut menyentuh soal kabinetnya, dengan berkata tidak ada sebarang rombakan jawatan setakat ini, dan beliau akan berbuat demikian hanya sekiranya ada keperluan.

Menjelaskan pendiriannya berhubung perkara itu beliau berkata: “Apabila anda merombak kabinet, ia akan mengakibatkan kebanyakan orang merasa tersinggung, dan mereka mungkin bertindak balas dengan cara yang menjejaskan hubungan baik.

“… saya tidak suka mengetepikan orang, dan meletakkan muka baru. Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini, dan saya tidak akan buat begitu sekarang.

Dr Mahathir berkata kabinetnya bekerjasama dengan baik sebagai satu pasukan.

“Di kebanyakan negara selepas berlaku perubahan kerajaan, akan ada mereka yang dibuang, dan ada yang baru dimasukkan… semua itu berlaku di negara-negara lain, tapi di Malaysia kita tidak suka kerap kali sangat bertukar menteri.

Ditanya impiannya buat generasi muda Malaysia, Perdana Menteri menyuarakan harapannya agar mereka akan lebih peka dengan pembangunan negara.

“Mereka perlu menyayangi negara, dan sanggup bersama membina Malaysia untuki menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Beliau juga berkata generasi negara perlu menghargai generasi sebelum mereka yang memiliki pengalaman yang amat luas.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production