Tun M tumpang gembira Siti selamat lahirkan bayi perempuan

Tun M tumpang gembira Siti selamat lahirkan bayi perempuan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tumpang gembira apabila mendengar penyanyi terkenal negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selamat melahirkan bayi pertama mereka pagi ini.

“Saya tumpang gembira kerana pasangan yang kita kenali dengan dekat ini telah pun mendapat seorang cahayamata.

“Saya harap ini bukan sahaja menggembirakan Datuk dan Datin, tetapi saya yakin ramai rakyat Malaysia juga gembira mendengar berita ini.

“Kelahiran anak pertama ini adalah suatu nikmat yang tidak terhingga nilainya,” kata bekas Perdana Menteri (PM) itu melalui rakaman pendek video yang disiarkan melalui Facebooknya petang ini.

Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahayamata pertama bayi perempuan melalui pembedahan di sebuah perubatan swasta di ibukota sempena mengambil keberkatan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada Isnin dan tarikh 1 Rejab hari ini.

4.5
OVERALL SCORE
1 user vote x 9.0
CATEGORIES