Malaysia Dateline

Tun M yakin manifesto dilaksana sepenuhnya sebelum mandat berakhir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu menunaikan semua janjinya sebelum mandat yang diterima tamat empat tahun lagi.

Ketika memberikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu, Tun berkata, usaha ke arah itu sedang diusahakan.

“Kita yakin janji dapat ditunaikan sebelum mandat berakhir,” kata beliau.

Untuk tahun ini, katanya, antara janji yang akan ditunaikan adalah perumahan mampu milik untuk rakyat.

Untuk itu, kerajaan menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Untuk dua penggal iaitu 10 tahun, majlis ini mensasarkan pembinaan satu juta unit rumah mampu milik.

“Kita mensasarkan 100,000 rumah mampu milik untuk dibina pada tahun 2019,” kata Tun Mahathir.

Semua menteri Kabinet hadir dalam sambutan penuh gemilang bagi mendengar perutusan Tun Mahathir hari ini.

Turut memenuhi PICC adalah para duta asing, pegawai kanan kerajaan dan pemimpin politik.

Antara barisan Menteri Kabinet yang hadir