Tun Mahathir ajak semua bersatu singkirkan Najib, mansuh GST

Tun Mahathir ajak semua bersatu singkirkan Najib, mansuh GST

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat selamatkan negara ini dengan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kemudiannya mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, walaupun untuk menyingkirkan Najib yang juga Presiden Umno bukan mudah kerana masih terdapat penyokong membuta tuli di kalangan wakil rakyat BN, ia perlu diusahakan dari sekarang.

“Jika kita sayang kepada negara, jika ingin selamatkan negara usaha mesti dibuat dari sekarang untuk singkirkan Najib sebagai perdana menteri.

“Kita akui penyingkirannya tidak mudah kerana sokongan buta tuli yang diberi oleh wakil rakyat Umno dan BN, pegawai penguatkuasaan kerajaan, polis, pendakwaraya dan penghapusan pemerintahan mengikut undang-undang,” ujarnya ketika ucaptama pada pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam malam ini.

Beliau menegaskan Najib telah merosakan politik, kewangan, ekonomi dan masyarakat Malaysia.

Para perwakilan Bersatu dari seluruh negara berikrar.“Kerosakan ini amatlah teruk. Tetapi Najib akan memburukkan lagi keadaan ini.

“Tidka syak lagi, jika Najib terus menjadi perdana menteri kerosakan negara akan menjadi lebih teruk sehingga tidak dapat dirungkai dengan mudah,” ujarnya.

Justeru beliau menegaskan antara sebab Bersatu ditubuhkan pada September tahun lalu.

“Kita tubuh parti untuk mengembelingkan tenaga rakyat dan bekerjasama erat antara parti pembangkang untuk menukar kerajaan pimpinan Najib pada PRU-14,” ujarnya.

Beliau sekali lagi menegaskan Bersatu akan menjadi komponen dalam parti campuran pembangkang.

“Kita, parti campuran pembangkang akan guna satu simbol, satu manifesto dan meletakkan satu calon dalam satu kawasan. Semua calon akan sokong calon yang satu ini. Tidak ada calon lain yang mewakili parti campuran kita,” jelas bekas perdana menteri 22 tahun memerintah ini.

Jika parti campuran pembangkang menang, beliau menjanjikan mengembalikan negara ini sebagai negara demokratik yang menghormati pemerintahan mengikut undang-undang.

Antaranya GST akan dihapuskan yang sekaligus mendapat tepukan gemuruh 6,000 hadirin di dalam stadium malam ini.

TAGS