Tun Mahathir angkat sumpah PM ke-7

Tun Mahathir membacakan sumpah jawatan sebagai PM ke 7 tepat jam 9.45 malam 10 Mei 2018.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 Khamis sehari selepas Pakatan Harapan (PH) diumumkan sebagai pemenang mengalah BN.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di Istana Negara di hadapan Yang Dipertuan Agung, Sultan Muhamad ke IV tepat jam 9.45 malam.

Ini adalah pusingan kedua Mahathir menjadi perdana selepas menjawat jawatan itu selama 22 tahun sebelum ini.

Kalau dahulu beliau mewakili BN, kini beliau mewakili PH yang berjaya menumpaskan kerajaan BN dalam PRU ke 14.

Mahathir mendapat sokongan dari 135 ahli parlimen yang terdiri dari ahli parlimen dari PKR, DAP, Bersatu dan AMANAH di samping Warisan dan beberapa individu dari Sabah.

Majlis angkat sumpah berjalan lewat selepas tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas untuk membentuk kerajaan.

 

8.3
OVERALL SCORE
: 5.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS