Malaysia Dateline

Tun Mahathir dijangka lancar parti Bersama petang ini

Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan parti baru petang ini.

Sidang media dijangka akan berlangsung jam 4 petang ini di Yayasan Albukhary manakala pelancaran akan dibuat di sebuah hotel dekat Jalan Pantai Baru.

Ke enam-enam bekas pemimpin Bersatu yang dipecat dan menyertai Tun Dr Mahathir dijangka akan menyertai parti baru ini.

Selain Dr Mahathir, anak beliau Datuk Seri Mukhriz Mahathir (MP Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (MP Kubang Pasu), Dr Mazlee Malik (MP Simpang Renggam), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (MP Sri Gading) dijangka akan menjadi pemimpin utama parti ini selain bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Berita angin kini tersebar kononnya sebuah parti yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysian United Party (MUP) atau Parti Bersama Malaysia akan diambilalih oleh Tun Dr Mahathir dan rakan-rakannya.