Malaysia Dateline

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.

Dalam satu kenyataan daripada IJN Ahli Parlimen Langkawi itu tiba di situ kira-kira jam 7 petang semalam.

“Beliau akan menjalani pemeriksaan perubatan penuh dan pemerhatian lanjut. (Mahathir) dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang,” kata IJN.

Untuk rekod Mahathir, 96, pernah mengalami serangan jantung pada 1989 dan dua lagi pada 2006.

Beliau mendapatkan rawatan bagi semua serangan jantung itu di IJN.