Tun Mahathir hadiri wacana tentang dirinya

Tun Mahathir hadiri wacana tentang dirinya

Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila hadir pada program  Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) di Shah Alam, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tiba di lobi Karangkraf sekitar jam 4 petang bagi mengikuti program bertajuk, ‘Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?’

Kehadiran bekas perdana menteri itu disambut dengan meriah oleh penyokong beliau yang hadir sama bagi mengikuti program wacana tersebut.

Tun Mahathir yang berpakaian lengkap serba kelabu turut ditemani isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, lapor Sinar Harian.

Siri wacana pada kali ini menampilkan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Di samping itu, sesi wacana ini juga dikendalikan Nazri Kahar dari Astro Awani selaku moderator.